Jom Kenali Uptrend
Your Link To The Top
Uptrend Network Sdn Bhd (Uptrend) adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung, AJL931489. Merupakan sebuah syarikat rangkaian siber berkonsepkan e-dagang yang mempunyai potensi pasaran yang amat luas. Uptrend mempunyai tenaga pengurusan yang berpengalaman serta mempunyai rangkaian produk yang berkualiti dan halal. Program ini menawarkan dua sumber pendapatan, iaitu pendapatan secara harian melalui Pelan A dan pendapatan secara bulanan melalui Pelan B. Saya adalah usahawan e-dagang Uptrend sedang mencari rakan niaga di kalangan mereka yang sedang mencari peluang.
Klik Di Logo Uptrend di atas untuk lawati Laman Web Uptrend.
Sila dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari laman ini. Anda tentunya boleh menilai sendiri kebenaran
apa yang saya perkatakan sebelum ini tentang Uptrend. Peduli apa pada nama Uptrend. Lihat pada peluang membina masa depan yang ditawarkannya. Jangan 'stereotype' secara membuta tuli sehingga kita menolak peluang besar yang datang. Peluang yang datang hanya sekali dalam hidup. Melepaskan peluang ini bererti menolak tuah. Menolak tuah untuk untuk merubah kehidupan. Kalau sudah hampir 60 jutawan dilahirkan dalam tempoh 5 tahun, apa lagi yang hendak dipertikaikan tentang keberkesanan sistem pemasaran Uptrend. Kalau Uptrend menawarkan peluang untuk anda jadi seorang jutawan, haruskah anda menolaknya? Haruskah anda sekadar melihat orang buat duit hari-hari sedangkan anda asyik buat alasan. Kalau takut bertindak, jangan harap hidup akan berubah. Kalau takut keluar modal, jangan sembang pasal bisnes. Kalau takut rugi, jangan harap nak untung. Sudah-sudahlah tu...sudah terlalu banyak masa kita persia-siakan mencari, mencuba dan gagal. Kini yang terbaik sudah didepan mata. Kaedah melaksana sudah ada. Tak perlu mengeluarkan peluh dan airmata, hanya sedikit kuasa ilmu dan akal. Langkah melaksana pula akan diajar langkah demi langkah.
Nah! apa lagi yang anda cari?
Jika jalan mudah yang anda cari untuk senang, maafkan saya, di sini bukan tempatnya. Saya bukanlah orangnya. Anda boleh tinggalkan laman web ini kerana saya tidak boleh membantu anda. Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang. Saya tidak menjanjikan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek . Dapat hasil tanpa buat kerja? Tidak sama sekali! Maaflah jika saya agak terlalu berterus-terang dalam hal ini. Biarlah saya membuat anda sedikit kecil hati dengan menyatakan kebenaran daripada membuat anda rasa teraniaya setelah anda menyertai bisnes ini kemudian mendapati anda tidak berjumpa jalan mudah yang dicari. Daripada anda masuk untuk mati begitu sahaja, lebih baik baik simpan duit anda buat beli susu dan lampin anak atau berikan sahaja kepada orang tua anda. Ingat, saya hanya menyampaikan peluang berdasarkan fakta dan bukti. Bukti kukuh yang tidak mungkin dapat disangkal oleh orang jujur, lainlah jika orang itu munafik kerana suka menafikan yang benar dan suka berpura-pura/hipokrit.
Saya menawarkan peluang. Peluang yang saya nampak dan terus saya rebut selepas sekian lama saya mengkaji dan meneliti. Akhirnya tergerak hati dan terbakar keinginan saya untuk melibatkan diri secara serius dalam bisnes ini. Walaupun saya telah terkebelakang hampir 12 bulan selama tempoh saya mengkaji peluang ini. Itulah satu kesilapan yang telah saya lakukan dan saya telah membayar harga yang mahal untuknya. Kehilangan peluang pendapatan selama setahun...itulah harganya. Tetapi saya tebus kesilapan itu dengan dengan membeli Pakej Platinum (Apa bendanya tu?....nanti anda tahu) yang bakal menebus setiap ringgit yang telah saya sia-siakan itu. Jadi saya mengingatkan anda, jangan ulangi kesilapan seperti telah saya lakukan. Jangan tunggu terlalu lama untuk buat keputusan. Anda masuk dan jalankan sahaja perniagaan yang jujur dan amat luarbiasa ini. Apa perlu anda kaji lagi? Pakar dalam syarikat telah melakukan kerja-kerja mengkaji dan menguji dengan cemerlang melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit. Kita siapa? Layakkah kita nak mempertikaikan pelan perniagaan yang begitu akademik dan rumit. Serahkan saja dan percayalah pada orang yang lebih tahu dan pakar dalam bidang mereka. Marilah kita cari duit dan bina kekayaan dari hasil usaha kita yang jujur dan bersih.
Rangkaian Global Uptrend
Aktiviti bertaraf global meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia,
Brunei, Thailand, Filipina, India dan Hong Kong(terbaru di BANGLADESH).
Y.Bhg. Dato' Khairuddin Mohd. Sani
Pengerusi Uptrend Network
(Bekas Ketua Setiausaha KPDNHEP)
En. Gary Gan Y. Bhg. Dato' Susie Yeoh En. Peter Wong Dr. Ahmad Daud M.D.
Presiden Ketua Pegawai Eksekutif / Timbalan Presiden Kanan Timbalan Presiden
[Pasaran Antarabangsa] Pengarah [Pentadbiran & Operasi] [Jualan & Pemasaran]
Barisan Tenaga Pengurusan Berkaliber Uptrend Network Sdn Bhd
UPTREND mempunyai tenaga pengurusan yang berpengalaman serta mempunyai produk-produk yang berkualiti dan dijamin halal. Program di UPTREND menawarkan dua sumber pendapatan, iaituPendapatan Harian melalui Pelan A dan melalui Pendapatan Bulanan - Pelan B. Anda boleh membuat kedua-duanya atau fokus kepada satu pelan sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Antara kemudahan-kemudahan e-dagang yang disediakan oleh Uptrend Network adalah seperti berikut :
Pendaftaran online
Online sponsoring
Laporan Genealogy
e-shop
e-wallet
Penyata Bonus
e-voucher
Perkhidmatan SMS
Newsletter
Awas! Jangan sampai anda pening dengan maklumat yang begitu banyak dalam laman web Uptrend. Anda tidak perlu faham segala-galanya sebelum bermula. Layari laman web Uptrend untuk dapatkan maklumat penting sahaja. Cukup kalau saya katakan peluang terbaik kini sudah di depan mata. Anda jangan bertangguh lagi. Anda tak perlu risau kalau belum begitu faham. Ilmu boleh ditambah sepanjang masa. Yang penting, bila kita bermula. Sila kembali semula ke laman ini untuk memulakan langkah ke alam perniagaan online anda . Laman web SuksesOnline2u.com ini adalah wadah terbaik untuk anda memulakan bisnes Uptrend secara online.
Plan Pemasaran Uptrend
Biarlah saya berterus terang saja, walaupun terpaksa membuat anda sedikit kecil hati. Jika anda mengharapkan penjelasan yang terlalu terperinci tentang mekanisma plan pemasaran Uptrend, maaf saya tidak dapat melakukannya dalam laman web ini. Saya cuba menerangkan konsep asas bisnes ini yang telah terbukti cemerlang dengan melahirkan hampir 60 orang jutawan dalam tempoh 5 tahun. Bukti apa lagi yang anda mahu? Anda perlu sedar, janganlah cuba menguasai semua ilmu sebelum bermula. Anda juga tidak perlu menjadi pengkaji sistem. Cukuplah pihak syarikat membelanjakan jutaan ringgit melantik pakar-pakar MLM mengkaji sistem ini. Pakar-pakar telah mengesahkan sistem ini menyediakan peluang mencipta kejayaan dan kekayaan. Jangan risau jika anda sedikit pening dalam cuba memahami sistem ini. Saya pun alami hal yang sama. Bila saya tanya pada jutawan-jutawan Uptrend yang sempat saya temui, mereka juga mengatakan hal yang sama. Pening dan kelabu asap pada mulanya. Tetapi mereka punya kekuatan jiwa untuk menyahut cabaran dan terus mulakan perniagaan ini. Nasihat mereka, apa yang nak dirisaukan, plan pemasaran Uptrend di kawal oleh sistem komputer yang amat canggih dan berkesan telah terbukti hampir 5 tahun berfungsi dengan begitu begitu cemerlang. Oleh itu, ambil tauladan dari mereka yang sudah berjaya, Jangan tunggu hingga anda tahu segala-galanya baru nak mula. Anda pasti tidak akan ke mana.. Sekadar menipu diri sendiri sahaja. Inilah saya bentangkan plan pemasaran hybrid Uptrend:
PLAN HYBRID |
PLAN A (Fast Track - Bonus Cepat) | PLAN B (UniLevel - Pelan Induk) |
Plan Penajaan | Plan Pengekalan |
Pembelian Pakej Sekali Sahaja | Pengekalan Jualan Individu 76BV Sebulan |
Bonus Harian | Bonus Bulanan |
Pendapatan Boleh Diwariskan | Pendapatan Boleh Diwariskan |
Tiada Jualan Ulangan | Berasaskan Jualan Ulangan |
Kaedah Duplikasi | Menggalakkan Penjualan |
Pendapatan Lumayan | Pelan Pendapatan Berterusan |
Sangat Cepat dan Efektif | Pendapatan Berdasarkan Saiz Rangkaian dan Prestasi Jualan |
Pelan A cepat dan lumayan. Ramai yang mencapai kejayaan dengan hanya fokus kepada pelan ini. Anda perlu buat Pelan A untuk menjana pendapatan secara tepat, manakala Pelan B anda boleh buat jika anda suka.
Bagaimana Nak Mula?
Langkah 1 :
Menjadi Rakan Perniagaan Internet (IBP) atau Keusahawanan Perniagaan Global (GBE)dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM38.00 SEKALI SEUMUR HIDUP dan boleh DIWARISI. Dengan berbuat demikian, anda dapat menikmati sepenuhnya kemudahan e-dagang yang disediakan oleh Uptrend.
Langkah 2 :
Anda boleh membeli sebarang Produk yang disenaraikan dalam Pakej Produk (PP) dengan membeli satu atau lebih Pakej Produk untuk mendapatkan status yang anda inginkan. Setiap PP akan melayakkan anda kepada satu Pusat Perniagaan Internet (IBC) atau kedai maya untuk pengiraan bonus.
1 PP untuk status Bronze dan anda akan mendapat 1 kedai maya (IBC) |
3 PP untuk status Silver dan anda akan mendapat 3 kedai maya (IBC) |
5 PP untuk status Gold dan anda akan mendapat 5 kedai maya (IBC) |
7 PP untuk status Platinum dan anda akan mendapat 7 kedai maya (IBC) |
Petunjuk :
Simbol | Penerangan |
Bilangan Kedai Maya (IBC) |
Pakej Produk (PP) |
Jadual di bawah menerangkan jumlah kos untuk menjadi Rakan Niaga Global - GBE. Kos termasuk yuran pendaftaran RM38.00.
Pakej | Modal | Potensi Pendapatan Harian | Potensi Pendapatan Bulanan | Tindakan Anda |
VPP + Lumiglow + IBS | RM532.00 | RM684 | RM20,000 | Kenalkan minima 2 rakan |
VPP + Lumiglow + Omega + Oxylife + TrimmUp + IBS | RM1,444.00 | RM2,052 | RM61,560 | Kenalkan minima 4 rakan |
VPP + Lumiglow + Omega + Oxylife + TrimmUp + X'sotika + HealUp + SBW + IBS | RM2,356.00 | RM3,420 | RM102,600 | Kenalkan minima 6 rakan |
VPP + Lumiglow + Omega + Oxylife + TrimmUp + X'sotika + HealUp + SBW + Cleansup + IBS | RM3,268.00 | RM4,788 | RM143,640 | Kenalkan minima 8 rakan |
Sila rujuk senarai Pakej Produk Pelan A di bawah untuk anda membuat pilihan.
KOD | Pakej GBE (PRODUK) | KUANTITI | IBC | HARGA |
GBE013 | GBE Oxlife, SBW | 1 | 1 | RM 456.00 |
GBE014 | GBE Xsotika, Omega, SBW | 1 | 1 | RM 456.00 |
GBE015 | GBE LumiGlow, AmBank Card, Gold Card | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE016 | GBE LumiGlow, Oxylife | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE017 | GBE LumiGlow, Xsotika, SBW | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE018 | GBE LumiGlow, Pepta | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE019 | GBE LumiGlow, Muda | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE020 | GBE LumiGlow, Immuna | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE021 | GBE LumiGlow, Flexa | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE022 | GBE LumiGlow, ClensUp with Shaker | 1 | 1 | RM 494.00 |
GBE023 | GBE LumiGlow (1), Omega (2) | 1 + 2 | 1 | RM 494.00 |
GBE024 | GBE Oxylife, Omega, ClensUp with Shaker, SBW | 1 | 1 | RM 494.00 |
KOD | PAKEJ GBE (VPP + PRODUK) | KUANTITI | IBC | HARGA |
VPP002 | GBE VPP & OxyLife | 1 | 1 | RM 456.00 |
VPP201 | GBE VPP & Lumiglow | 1 | 1 | RM 494.00 |
Sila beri perhatian bahawa bonus anda dalam Pelan A (Bonus Cepat) bergantung kepada bilangan PP yang anda beli. Dengan setiap IBC, anda dapat mencapai pendapatan maksimum sebanyak RM684.00 dalam masa satu hari bagi pelan A. Ada banyak pakej produk di dalam jadual di atas. Pilihlah mengikut kemahuan anda.
Langkah 3 :
Setelah memiliki IBC, anda hanya perlu duplikasi sistem ini untuk menjana pendapatan. Duplikasi di sini bermaksud anda menaja sekurang-kurangnya dua orang dengan menghantar alamat laman web anda kepada mereka.
Langkah 4 :
Seterusnya, ajar rakan niaga anda untuk melakukan perkara yang sama. Dan dalam perkara ini, sudah tentu downline atau RAKAN BISNES anda dibekalkan dengan website sendiri. Jadi tugas kita menjadi lebih mudah untuk mengembangkan perniagaan yang BEST ini
![read comments](http://3.bp.blogspot.com/_hcF8ssiWKd4/SheRuPt5MZI/AAAAAAAAA88/QgbwroY-p-Y/s1600/read_comments.gif)